Saturday, March 12, 2011

mari belaja pantun...

Apakah yang tersirat dan tersurat????

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga.....

gambar sekadar hiasan...hihihi

 

1 orang terhebat:

storyfromme said...

saya suka minum coolblog,
sebab ia berunsur manisan,
saya budak baru berblog,
hanya nak ucap salam perkenalan.

ok tak? ;)

Post a Comment

comment here!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails