Friday, May 18, 2018

PETUA TRADISIONAL MERAWAT SELSEMA BAYI ~ Garlic Balm

0 orang terhebat

Assalammualaikum semua

Harini saya nak share beberapa tips untuk merawat bayi @ anak-anak yang dijangkiti virus selesema @ batuk dengan cara tradisional. Bila sebut tradisional semua orang tahu bahawa rawatan ini tanpa menggunakan ubat-ubatan moden...So...let's go...kita layan PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ...hehe ingat bawang putih untuk masak je...

Garlic Balm - Rawatan Alternatif Batuk Dan Selsema Tanpa Ubat


Bila bayi diserang selsema ibulah yang paling menghadapi masalah...Contohnya kalau anak saya selsema memang tak boleh tidur malam...saya perlu letak dia atas riba sambil peluk sampai ke pagi...bila letak atas tilam dia akan menangis macam kena pukul...Baby ni kalau dijangkiti selsema akan menyebabkan dia sukar bernafas dan kurang selera...Dan kalau selsema yang agak teruk akan menyebabkan keradangan,mata merah,rongga hidung membengkak yang akan mengakibatkan suhu meningkat dan demam dan waktu inilah ibu2 terutama yang bekerjaya akan mula risau..isau anak lagi risau kerja lagi.habis semua kerja terbengkalai..huhu





Petua anak selsema paling murah guna bawang putih...bukan hanya murah tetapi ia sangat mujarab dan selamat. Bawang putih mempunyai antiseptiknya yang tersendiri untuk mengubati selsema dan batuk pada kanak-kanak.

Saya akan ajar bagaimana cara buat minyak bawang putih untuk bayi selsema. Cara ini saya sendiri dah cuba dan alhamdulillah ia berkesan jika diamalkan...Bukan sekali pakai terus baik ya...Tapi kalau Allah izinkan in Sya Allah sekali pakai dah berkesan...Bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih dan minyak...Saya cadangkan korang guna extra virgin olive oil sebab ia sesuai untuk guna pada kulit...Kalau guna minyak kelapa dara pun ok...Kalau tiada 2 minyak ni minyak masak pun boleh....bawang putih dibakar dengan api perlahan diatas dapur.selepas tu ditumbuk/lenyek kasar2 kemudian campurkan bersama2 minyak tadi.ok done!bolehla sapu2 kt tapak kaki bayi anda atau dada bayi.sapu sekerap mungkin..untuk lagi senang dan mudah ibu2 boleh terus beli GARLIC BALM satu dan simpan di rumah.bila-bila anak selsema terus ambil dan sapu.senang bukan....berminat untuk cuba??boleh hubungi no ni 0197541307.trusted seller...nak pos boleh nak cod pun boleh.cod kawasan selangor dan perak.






RAWAT HIDUNG TERSUMBAT BAYI CARA SAYA 

Saya akan guna cara stim muka bayi guna wap air panas. Saya akan guna 2 jenis bahan samaada minyak kayu putih @ bawang putih. Caranya...masukkan air mendidih dalam besen kecil dan masukkan minyak kayu putih @ bawang putih kedalam air tadi. Kemudian halakan muka bayi pada wap yang sedang berkepul-kepul naik dek air panas tu... 


Anak korang menangis??? Tak pe...Anak korang menangis kuat tanpa henti??? Tak pe...buat rawatan ni tak lama...dalam 5 ke 8minit je...sebab air dalam besen tu akan habis wap nya habis lah rawatan...Sebab apa saya cakap anak menangis takpe sebab kalau dia menangis lagi senang wap tu nak masuk dalam liang-liang sinusnya...cuba lah dan praktis kn..





0197541307
0197541307
0197541307

Wednesday, February 7, 2018

KE BANDUNG KE AYRA???~2018

0 orang terhebat
assalamualaikum

alhamdulillah minggu lepas diberikan kesempatan untuk bawa ayra bercuti bersama-sama tokku dan tokmi nya.syukur tercapai jugak impian ibu.sbenarnya asal pergi bercuti mana-mana je mesti teringat tokku n tokmi.rasa tak lengkap percutian tanpa ibu bapa.ye tak??taun lepas ayra ke sabah bersama nenek n cikan dan kali ni ke bandung bersama tokku n tokmi.panjangnya mukaddimah..selagi masih lagi ingat baikla ibu coretkan sikit kenangan moga nanti bolehla ayra baca nanti ye..hihiihi

untuk trip kali ini kite bermula di IPOH.kalau sebelum ni waktu ke sabah kita tumpang umah2 kakak di KL.maklumla kl lagi dekat dengan KLIA/KLIA2 berbanding di IPOH , tapi kali ini saja jer nak try dr IPOH terus.ok untuk dari ipoh straight ke KLIA/KLIA2 cuma ada 2 bas shaja iaitu YOYO dan STAR SHUTTLE..dari segi harga star shuttle lagi murah plus tiket ayra free (seat atas riba ibu/ayah) tapi dari segi keselesaan dan ketepatan masa kami lagi prefer YOYO bus.jadinya terusla ayah belikan tiket YOYO bus untuk 5 orang(ayra pun wajib beli sebab atas 2 taun..walaupun hakikatnya ayra cuma duduk diriba ibu je)pergi balik seorang dlm rm45 per pax untuk sehala bagi dewasa.

28/1/2018
memandangkan tiket seawal jam 8am.jadi kami dah siap2 naik tiket pkul 1am di amanjaya(park kete semua kt sana terus rm10 per day).tiba di KLIA dalam 5.00 am.sampai2 je terus check in n drop luggage dulu siap2.tinggal beg sandang n stroller ayra je.lepak makan burger jap lepas tu terus masuk ruang departure.setel semua then naik train terus ke terminal menunggu.sembahyang siap2 situ barula rehat2 kt depan gate.8.30am baru boleh masuk dalam tunggu lagi flight.timing mmg cun la.dari ipoh sampai la KLIA mmg alhamdulillah xada apa2 masalah.sampaila mendarat di airport bandung.kt airport mmg agak kelam kabut..fuhhss..airport kecik dan agak xterkawal.lepas setel imigresen cepat2 terus ambil beg,dengan harapan supir dah tunggu sekali ade misscommunication supir xmuncul2.aduhai..membazir masa kat situ.dekat kul 12 jugakla bru gerak dr airport ke hotel.on da way ke hotel sempat plak tu benti di Rumah Kain Sulam..ya allah mmg rambang mata.kain sulam..kain batik dan kain sembahnyang cantik2 dan murah.tokmi n ibu rembat la 1 kain sembahyang mcm siti khadijah.mmg puas hati.kain tebal dan yang penting murah.180 k rupiah shj.lepas setel rumah kain barula ke restoran iaitu di restoran belacan.sedap tapi agak pricey..lepas dah setel makan semua terus supir hantar ke hotel.checkin tidur dulu semua sbb masing2 pn dah kepenatan..hihi.dalam pkul 5 petang waktu indonesia barulah bangun jalan2 sekitar hotel.untuk kali ni ibu book hotel yang sama mcm 4 tahun lepas HOtel progo di Jalan Riau.mmg dekat sgt dgn FO,jalan kaki je sampai.kedai makan pn banyak.cumanya pergi kali ni hotel tgh renovate jadi agak xmenarik disitu..huhu.nasib baik book untuk 2 malam shj.dinner pn dikawasan depan2 hotel tu je makan ayam penyet dan burung puyuh goreng.sedapppp..i lioke.ayra pn suka makan ayam penyet..tu yang lagi melegakan ibu ayah..

29/1/2018
hari kedua barulah kami guna supir sepenuhnya.giteww...dari pagi sampai ke malam.hari kedua ni mmg untuk berjalan-jalan semata2 sekitar lembang..bermula dari kopi luwak  cikole kemudian ke floating market lembang dan dusun bumbu.tempat kopi luwak rasenya xdela menarik sangat biasa2 je just pergi tgok musang je dan diberi penerangan macamane kopi luwak tu terhasil.yang xbestnya kami tertipu kononya bagi tester dlm bentuk sachet.ingatkn free sekali kene bayar MAHAL pulak tu..50k okey untuk secawan kopi dalam rm15 kalau duit kite.baik minum starbucks.hampehh betul.ramai rakyat malaysia terkena time ni.masa ktorg datang ada 1 group besar yang datang bersama.bila dah habis tour then ade sesi tester.syok je masing2 nak test yerr..sekali semua kene bayar.no FREE2 okeyh..fuhhh..pengajaran betul...FLOATING MARKET okey kat sini mmg menarik sebab sangat damai dan tenang.dikelilingi tasik dan byk port2 bergambar best.ada taman jepun atas air okey..kat tasik plak byk plak tu ikan2.mmg ayra suka betul ,ain2 bagi makan ikan.seronok betul die.kat dalam floating market ada taman2 atau kawasan2 kecik yang lain.semuanya pn BERBAYAR okey..contoh taman arnab.50k rupiah seorang.lepastu masuk tempat keretapi pun kene bayar 50k seorang..aduhai mmg sedut duit betulla...lepas sahaja dr Floating Market terus kami ke Dusun Bumbu.kat sini xsebest yang kat floating market.sini lagi kecik sikit.ada taman2 haiwan.yang paling best boleh bagi makan carrot kt kambing biri2 dan rabbit.seronokla ayra main2 kt dalam ni.tapi sebab cuaca pn panas dan masing2 pn penat jadi xde la lama sangat dalam tu.harga setiap tempat pn kene bayar ye.tp setiap tiket masuk akan diberi minuman percuma.kira okla jugak..atleast dapatla jugak pulangan..hihi..lepas saja keluar kawasan lembang kami terus ke Cibaduyut (tempat barangan kulit).en.suami nk cari wallet plus nk cuci2 mata ckit.maka terbelilah sandal kulit dan baju t-shirt utk pakai keesokan harinya.tokmi dan tokku ayra pn boleh tahan shopping jugak siap beli kasut segala..hihilepas dari cibaduyut kami terus dinner dan balik ke hotel terus.ye ke terus..haha..tokmi ayra nak singgah lagi sekali di Rumah Tas.nk cari wallet lagi..hihi.lepastu barula boleh balik hotel dan zzzz...

30/1/2018
untuk hari ketiga agenda mmg shopping je la ye.tapi first kami terus checkout dr hotel progo dan check in di el royale hotel&apartment(book melalui airbnb).satu bangunan dgn hotel cuma apartment lagi atas dan lagi best sb 2 bilik dlm 1 apartment.jadi senang dan selesa.hihi..dah dapat kunci hotel semua dan dah drop beg2.kemudian kami terus ke Rumah Kain taman kopo.kat sini mmg mengila dengan kain sulam cantik2.ada 2 harga je 120 k dan 140k bergantung pada jenis kain.dekat 3 jam kami kt sini.xsedarpun sekali tgok jam dah 3 jam.kat sini ada terima tempahan sekali jadi ayah ibu sempatla tempat baju raya.kebaya lagi u..hahaha..lepas ke rumah kain kami terus ke  Pasar baru.di pasar baru kalau kita book dengan Hayuka bandoeng kt sana ada 1 org budak yang akan jadi pemandu arah merangkap jadi org yg tolong bawa barang2 kita.jadi urusan shopping tu lagi senang..hihi.. ye la dtg dgn kanak2 n org tua kan paham2 je la..ayra so behave.ade org pesan kt pasar baru jgn guna stroller tapi kami guna je stroller dan ternyata mmg berguna.ayra boleh duduk2 makan2 xpun tgok hp dalam tu.lagi selesa.untuk lunch kami lunch di Pasar baru.mak oii xpadan ngn food court harga mahal gilo.elakkn makan di food court pasar baru okey..dah setel beli2 semua balik dinner dan terus zzz...kat bandung senang ade grab food.book guna aplikasi grab je.terus sampai lobi hotel xpayahla nak keluar malam2.kalau malaysia ada cmtu kn best..

31/1/2018
harini pun sama repeat pasar baru lagi.tunggu supir di lobi hotel je senang.kt pasar baru msih lagi dengan juru pandu si Ehsan tu.baik budaknya kesian pun ada jugak..hihi.shopping sampai ke tghari.hasil tangkapan mmg xyah nak cakaplah mmg takut tgok..huhu..lepastu dah agak2 mcm penat barulah kami ke FO sekitar jalan Dago waktu ni hujan la plak mmg xde mood sgtla nk berjalan.mmg masuk blossom je tgok2 baju ayra.kemudian ke Rumah Mode.memborong baju ayra je wat raya.mmg comell2 semuanya.harga barang dirumah mode xde la murah sangat biasa2 je level2 sogo kot.kira okla...lepastu kami ke Rumah Anak kecil beli baju ayra lagi.mmg murah2 rambang mata ibu..huhu.kemudian terus ke Paris Van Java jalan2 sekitar tu lepastu barulah g dinner di iga bakar.sedap dan murah mmg recommended sgt!!sup sedap..terbaiklah..


1/2/2018
untuk hari ini kami sepenuhnya guna grab.saja nak try dan ternyata lagi murah dan senang.kalau tahu awal2 lagi guna grab je la..pagi2 kul 10 am tempah jeans di aria jeans call grab ambik dan ke PASAR BARU LAGI!!!mmg pasar baru je la trip ni agaknya..kali ni grab berhenti di tingkat bawah sekali.rupanya barulah kami tahu tingkat bawah lagi murah dari tingkat atas.kain sembahyang blouse murah dan cantik wokey.memborong lagila jawabya.siap cari2 ATM semata2 nak cucuk duit lagi,,,huhu.lepastu saja jalan2 dilorong2 depan Pasar Baru.barang mmg murah2 tapi penuh sesak dan panas.jadinya mmg xdela nk singgah lama2.jalan2 sampaila ke Alun2 bandung.lepak2 kt situ sekejap lepastu baru panggil grab plak ke bandung Indah Plaza.dinner terus kt sana sebelum balik hotel.balik terus packing2 baju sb janji ngn supir pkul 10am ke airport.flight pukul 3.00pm..pkul 1pm keen ada kt airport jadinya better g awal smpatla nk singgah2 lagi..hihi

2/2/18
hari terakhir pagi2 ke aria jeans ambil seluar tokmi dan ayah.sehari je dah siap tempahan seluar jeans.dekat pkul 11am baru bertolak ke airport.sebelum sampai airport sempat makan2 dan singgah kedai yang jual borong Freshcare.minyak angin kegemaran ayra dan seisi keluarga..mmg harga jauh lebih murah kt sini..huhu..sampai airport dlm pkul 12.30 checkin drop langgage semua.flight plak bleh delay dekat 4pm.maka bertabahlah kite dalam tu.ayra nasib baik xtidu blehla main2kn dulu.jadi dalam flight bolehla ayra tido puas..sampai airport KLIA pkul 7 lebih cmtu.terus sembahyang n rushing kejar bas pkul 8pm.terkejar2 jugakla..dalam bas semua kepenatan tidur la apalagi..hihi..

maka berakhirlah percutian kami yang best..hihi.insyaallah kami diberikan rezeki lagi akan kesana lagi..makanan sedap2..tempat best2..barang murah2...hihi




intenari sebelum kesana..bila dah sampai mmg berubah semua.

Tarikh
Aktiviti
28/01/2018
(Ahad)
Flight dr KLIA ke bandung(OD 0312)
8.00AM-9.20AM
- Pick up by hayuka bandoeng terus ke hotel Progo
(Jl. Progo No.6, Citarum, Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40115, Indonesia)
-          Bilik ready terus check in
-          Bilik belum ready drop bag dan lunch di
-          DAKKEN RESTAURANT + jalan2 jalan riau
-          Balik hotel rehat lepas zohor keluar jalan2 FO (tempeh seluar slack n cari baju utk esok)
Dinner di sekitar hotel/ngeteh di Progo coffee
-          Tidur
29/01/2018
(Isnin)
Breakfast di hotel
-Hayuka pickup di hotel terus ke :
-Farm house
- Floating market
- Lunch di Kampung Daun / Dusun bambu *tukar pampers/mandikan ayra/solat2
- Jalan2 ke Cikole kopi luwak
- Cibaduyut (kulit) *sandal n wallet*
- Pasar Baru
-Dinner di the stone café/kedai ayam penyet
-Balik rehat di Hotel
30/01/2018
(Selasa)
Breakfast dihotel ( check out hotel)hayuka pickup terus ke :
-          Rumah Kain(Kapo)
-          Graha persona Puspa
-          D’fashion
-          Kilang Kain
-          Kilang Langsir
-          Jalan2 di jalan Dago
-          Rumah Anak kecil
-          Rumah Mainan
Tengahari (check in el royale apartment)
makan di sekitar Hotel
-          Pasar baru (telekung/baju mandi/beg/blouse)
Makan malam di Restoran Belacan / Simpang Raya
31/01/2018
(Rabu)
Breakfast di Sekitar Hotel(tempeh uber/grab)
-          Tempah Jeans di Aria jeans
-          Transtudio Bandung*/pasar baru
Lunch di dalam Transtudio mall
Balik apartment dan rehat
-          Jalan2 di jalan Braga
-          Ke Pasar Baru
Malam guna uber/Grab ke restoran soto
01/02/2018
(Khamis)
Breakfast di Hotel*Tanya harga per person dulu*
-          Rehat di hotel
-          Naik Brandos(alun-alun bandung)
-          Keluar ke Pasar Baru(last round)
Lunch di Pasar Baru
-          Ambik grab/uber balik apartment
-          Solat/rehat
-          Petang keluar ke FO di jalan dago(cari brownies)
-          Rumah Mode
Malam rehat di hotel

02/02/2018
( Jumaat)
Breakfast di apartment (habiskan stok makanan)
-          Jalan2 di sekitar Hotel/pasar baru
Lunch di kawasan sekitar
-1.00pm ke airport,flight  OD0301 ( 3.30-6.30PM)
- Balik ke Ipoh


tq

Tuesday, April 25, 2017

ayra setahun tujuh bulan

0 orang terhebat
Assalamualaikum

coretan untuk puteriku...

alhamdulillah ayra dah nk masuk 1 tahun 8 bulan.cepat je masa pejam celik dah nk dekat 2 tahun anak kesayangan ibu ayah ni.syukur sepanjang ibu dan ayah besarkan ayra..ayra xpernah sekali pun menyusahkan ibu dan ayah.ayra membesar menjadi anak yang cerdik dan sihat..



arini genaplah 3 minggu ibu hantar ayra g school..mmg agak awal bg sesetengah parents.tapi ibu dan ayah rasa ini waktu yang terbaik utk train ayra bersosial dgn kawan2.1-2 mggu mmg perit rase lebih2 lg awal pagi bila ibu hantar ayra.ayra nangis2 tak nak kena tinggal..tp hari demi hari ayra dah makin seronok ke school.alhamdulillah dgn org pn ayra dah pandai berkawan.mmg nampak perubahan..makin cerdik anak ibu..


ayra pn makin aktif..suka berlari dan memanjat.ibu masih lagi tak berani keluar berdua dengan ayra.teringin tapi takut..lebih2 lg time drive ayra cukup suka berkepit dengan ibu..bahaya sangat.tak pe ibu tggu ayra besar sikit then bolehla kite kua shopping sama2 okey syg..hihi..so far  wekeend je la kite keluar.hihi..tu pun sbb ade ayah.yahooo..ayra plak mmg xleh berenggang dgn ayah.mmg wekeend adalah sgt ditunggu2 oleh ibu dan ayra..walaupun ayah jauh dan jumpa wekend je tapi urusan ibu ayah dan ayra sentiasa Allah permudahkan.ibu kerja sebelah rumah je ( xsampai 5 minit jalan kaki) dan ayra school bawah rumah je..syukur..alhamdulillah..

ibu harap ayra membesar menjadi anak yang sihat dan cerdik..insyaallah doa ibu dan ayah sentiasa bersama ayra.






Monday, August 15, 2016

pengalaman lahirkan ayra

0 orang terhebat
assalamualaikum...

wawah..dekat setahun tak update blog.fuhsss berhabukkk.
ape kesah?agpun sendiri taip sendiri baca kot..haha..
sebakul da yg ditaip tp yg ditapis untuk publish tersangatlah sikit..
biala konon2 nti bila ayra dah besar..ayra bacalah ye nak.bacalah tulisan ibu yang merapu nie...haha

alhamdulillah..dekat setahun anak kami.ohh ye..my first baby kami decided bagi nama nik ayra fazia binti mohd faiz.fazia bermaksud kejayaan/kemenangan..ayra pula dihormati/disegani.fazia ayah die yang pilih..ibu just follow je.lagipun sama maksud dengan nama ayah kan.ayra pula ibu yang pilih...okla kan.panggil ayra ala2 lembut ayu gitew..fazia dengar macam modern sgt..haha..
untuk anak first konon2 pangkal nama nak sama macam pangkal nama ibu ayah..A ialah awanis=ayra..F ialah faiz=fazia...Nik pula untuk ibu punya salasilah keluarga.awalan nama ibu Tengku..since ayah xde tengku maka untuk anak ibu jadilah NIK.xpenting pun sebenarnya =)




imbas kembali peristiwa bersalin kan ayra...jeng..jeng..jeng...

23/9/2015 pagi bangun dari tidur tetibe rasa basah..tgok dekat cadar alamak ade air banyak.tapi cm rileks2 lagi sbb last2 trimester cam biasala rasa basah2 xselesa kn.start panik bila da g bilik air tgok banyaknya air yang keluar.terus inform encik suami(lucky suami cuti n teman ibu kt kampung time tu).encik suami dan abah terus bawak gi hospital raja perempuan zainab II (last checkup hari sebelum tu disitu).ohh ye ibu mengandungkan ayra terlebih 2 hari tau..10 bulan 2 hari.hahaha..lamakan ayra dalam perut ibu..hihi.
ok sampai je hospital terus kene hantar ke emergency di dewan bersalin.fuhhsss..cuak kot kt dalam tu.dengan ramainya orang nak bersalinnya..dengan suara org tahan sakit nye...serammm ingat balik.doktor dah check2 perut segala..then check air ketuban dah drop.means air ketuban dah pecah.tapi xbanyak sangat lagi.doktor terus bawak ke wad dulu..maka bermulala segalanya...


ok..dah masuk wad.mula2 doktor send ke wad second class..sebab 1st class punya wad full.xpe redha saje.asal semua selamat.diwad tu doktor panggil untuk induce...fuhs..whattt??!!! induce??!!bayangkan kita sihat gelak2 tetibe kene paksa sakit..selama ni asyik dengar org ckp induce sakit.sekali sendiri rasa baru tau...huhu..nasib baik doktor perempuan.
(alhamdulillah allah perkenan doa semua diuruskan oleh doktor perempuan.).
petang lebih kurang pukul 6pm kite tukar ke bilik 1st class.alhamdulillah..doktor check bukaan 4cm..sakit dah macam ape time nie.dlm pukul 9 malam.doktor check lg bukaan dah 5 cm.then doktor mintak terus ke labor room.sempat doktor pesan makan siap2.encik suami dah standby awal2 nasi kukus ayam..kite nyapp je la.walaupun time tu nak telan pun susah sangat rasa..
contraction die Allah saja yang tahu..sakit.yes!!


situasi di Labor room..
alhamdulillah doktor benarkan encik suami teman sepanjang kite di labor room.kelakar bila ingat balik.ibu xbagi pun ayah lelap walau sesaat..haha..lambat sangat2 masa time tu.bayangkan dok dalam labor room dari pukul 10malam sampai pagi pukul 8malam.ubat macam2 doktor bagi nak bagi kite sakit then contraction makin kuat.bagi bukaan cepat terbuka.tapi bukaan tetap 5cm.panik sangat time tu..bayangkan kene paksa tapi baby xnak jugak keluar.pagi doktor pecahkan air ketuban..fuhsss,..selepas 1jam check bukaan still 5cm.then doktor decided untuk operate.


then akhirnya kene operate jugak..xpe atleast dah try kan...
lebih kurang pukul 8.15am pagi2 hari raya korban doktor hantar ke dewan bedah.
selepas 15 minit lebih kurang..alhamdulillah keluarla puteri kesayangan ibu ni...
sakit ke operate?waktu tu sakit time doktor cucuk epidural kt belakang je.Allah sahaja yang tahu..huhu.tapi time tu xpikir ape dah..pikir nak cepat2 baby keluar je.nak tengok puas2..
kite xtidur langsung pun sepanjang process tu..takut kalo pejam mata sampai bile2 xbangun..hihi.
dengar je baby nangis..nangis2 kite..macam2 perasaan ade.syukur sangat..mcm xpercaya dah berjaya jadi ibu.dekat 3 taun kami hidup berdua akhirnya Allah makbulkan doa...syukur..syukur...






alhamdulillah..
ayra sangat2 behave..syukur sangat.yang penting xpernah ibu berjaga malam.setakat mintak susu tu biasa la kn..ayra jenis rutin tidur waktu malam start dari lahir lagi..waktu siang gelak2 main..sampai la skrg 11 bulan.pukul 8 dah masuk bilik..esok pukul 8 pagi bangun.gitu la seterusnya..
tenkiu ayra kerana memahami..hihi..




okla..itula antara pengalaman lahirkan ayra.harap boleh simpan elok2 dalam blog ni.mana tau bila dah tua dah xingat bolehla ibu belek2 blog ni..hihi..antara kenangan bersama ayra.next episod ibu nk cerita ayra first getaway..ayra's first step..ayra's first birthday..n semua pasal ayra..hahaha



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails