assalamualaikum semua!!
camne arini..ade baek kah???
entry kali nie sye nk cerita sye berita yang sangat penting..
tp seringkali kiter abaikan...
ia berkenaan dengan HALAL food!
yup..HALAL food..kdg2 kiter rase tempat tue halal tp kiter pasti kew tempat makanan kiter tue betul2 halal even terang2 de cop HALAL....
HALAL adalah merangkumi segala peralatan yg digunakan..tempat penyimpanan dan kebersihan tempat makan..bukan semate2 hidangan yg dihidangkan tau...
untuk maklumat detail berkaitan HALAL food atau makanan halal nie bolehla klik sini
baca x paper arini..sye bace metro online,
dlm paper arini de menyarankan agar pengguna terutamanya yang beragama islam..
perlu mendesak agar pemilik restoran/hotel mendapatkan sijil halal..
seterusnya mengunakan logo halal dikeluarkan JAKIM...
ini memastikan makanan yg dihidangkan dijamin halal...
kalo bukan kiter yg mendesak..sape lagi kn???
KUALA LUMPUR: Pengguna terutama beragama Islam seharusnya mewujudkan desakan supaya pemilik restoran atau hotel mendapatkan sijil halal sah dan menggunakan logo Halal Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjamin status halal makanan disediakan.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, jika tiada desakan daripada pengguna, pemilik restoran atau hotel tiada inisiatif mendapatkan sijil halal Jakim dan hanya menggunakan istilah halal bagi menarik pengguna Islam.
“Masalahnya, jika hanya menggunakan istilah halal, kita sendiri tidak tahu daripada mana sumber makanan yang digunakan akhirnya menyebabkan pengguna terkeliru.
“Sedangkan halal itu bukan saja mengambil kira sumber makanan digunakan malah meliputi banyak aspek lain, seperti proses pembuatan, tempat penyimpanan dan kebersihan.
“Tindakan larangan penggunaan istilah halal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu langkah yang dipuji dan tepat pada masanya kerana kita bimbang orang Islam akan berterusan dihidangkan makanan yang tidak diyakini status halalnya,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Yusof berkata, walaupun penggunaan sijil halal bukan paksaan namun khuatir penyediaan makanan tidak menepati kehendak syarak walaupun restoran itu dimiliki orang Islam.
“Contohnya, terdapat banyak restoran pemiliknya beragama Islam tidak mendapatkan sijil halal kerana yakin makanan disediakan halal, namun kita tidak pasti sama ada restoran mereka benar-benar mengutamakan kebersihan atau tidak malah ada yang tidak mengambil berat daripada mana datangnya sumber makanan,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai larangan penggunaan istilah atau perkataan halal oleh pemilik hotel dan restoran sebaliknya perlu menggunakan Logo Halal Malaysia saja selepas mendapat status jaminan itu daripada Jakim atau Jais.
Sementara itu, Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Ahmad Zaki Ismail berkata, larangan berkenaan harus dicontohi jabatan agama negeri yang lain selain mewujudkan kerjasama dengan Jakim untuk memastikan produk makanan dikeluarkan pengusaha terjamin halal.
“Proses mendapatkan sijil halal melalui prosedur yang ketat malah Jakim sememangnya sudah diketahui mempunyai pengalaman yang luas dalam pensijilan halal.
“Pengguna juga perlu bijak memilih makanan dengan mengikut iman bukan hawa nafsu semata-mata selain menyokong hanya produk atau restoran makanan yang mendapat sijil halal Jakim saja,” katanya.
ada yang cakap kalau semua nak sijil halal, warung pon kene ada sijil halal. haha..penat dah dengan isu ni. tapi mencari yang halal adalah fardhu untuk kita. jadi marilah kita cari yang Halal only :)
ReplyDeletemiss tasantek:yea betul.....sye sokong!
ReplyDeleteisu tanda halal ni sampai bila pun takkan setel selagi kaum lain tidak sensitif dan faham islam dengan betul...
ReplyDeletepasal ladang buaya tu boleh baca sini...;)
http://harrazdani.blogspot.com/2011/07/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera.html
ya isu halal ni sampai bila pun tak habis, smua atas diri kita. sebagai pengguna kita perlu bersuara supaya apa yang kita makan tue halal. ^_^ peace..
ReplyDelete