Monday, June 6, 2011

nak tahu petua awet mude cara islam...???jom tengok!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


hari nie sye nk kongsi satu RAHSIA!!!!!
yup..rahsia tau.....nak tau aper??????
rahsia @  petua awet muda...ha'ah betull...
percaya la semua nk kekal mude..cuuhhssss!!!nk mao kedut sane2 cnie....kerana aper???!!!kerana diriku begitu berharga...
tp cam pelik la kalo da jugak kalo da usia 50 pon xkedut2...
t xsal2 owg tanyer...u suntik botox kew??*OMG*
ececeh..mentang2la usia skrg da masuk 25 ek...pantang tul skrunk dengar sal2 awet mude nie...hari2 nie gigh online cr brand terbaek tuk mcegah penuaan nie..,
PENUAAN!!!!ohh..so scary dgr word tue....huhu
tp jgn lak salah paham....
entry kali nie bukan sal review2 produk awet mude tau...
cam olay total effect yg mmg mantap...n safi ranis Gold yg effective tue...
kali nie kiter nk kongsi petua awet muda menurut islam...
paling effective..paling murah..paling suci dan bersih...paling sesuai...xpecially tuk diamalkan setiap ari setiap mase n setiap lapisan umur ok,....


picture from google image....

wardina safiyyah..antara artis yg awet muda..muke tegang jek mengalahkan anak dara ok..cantek xxditelan dek umur...=)

jom tgok2 petua awet muda n same2 kiter amalkan...segala petua diperolehi dari

....................................................................................................................................................................


Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s:..sumber diperolehi dari i love islam

4 comments:

  1. ..sampai yang no 3 dah lupa nak buat apa...haha...

    ReplyDelete
  2. JYEAH!
    saya pernah jumpa kak wardina sevara dekat.ya Allah,subhanalah mmg amazing.
    seperti mat saleh berdiri dihadapan batang hidung :)
    flawless sgt. mmg boleh dicontohi :)

    ReplyDelete
  3. salam dear,
    saya pernah cuci muka pakai susu.. rasa muka segar gebu..
    tapi sekarang dah makn berusia saya makan kolagen pula,sebab makin tua makin kurang kolagen.. semua jadi kendur,wrinkle pun dah keluar kt muka ni.. nak baca perkongsian saya? http://vitamomma.com/?p=2406

    ReplyDelete

comment here!!