Wednesday, March 20, 2019

Entopia penang

March 20, 2019 0 Comments

Bulan lepas ibu ayah bawak ayra jalan-jalan ke penang.Penang dan Ipoh pun dalam 2 jam shj kalau ikutkan boleh je balik hari tapi sebab betul2 nak feel bercuti,jadi stay la jugak 1 malam.Ibu ape lagi search la tripadvisor dan buat simple intineri utk jalan2 ke Penang.search punya search jomla kita ke Entopia.Entopia asalnya taman rama2.tapi setelah di renovate baru tiba2 jadi besar dan lebih gah.Kawasan sangat luas dan dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu Natureland dan The cocoon.ada tempat outdoor dan indoor.kalau rasa berpeluh dan panas sikit cepat2 masuk indoor.lega sb aircond sejuk dan boleh lepak2 dlm cinema(tv besar dan cerita pasal rama2)hihi.


tiket masuk dapat diskaun kalau guna aplikasi Klook,untuk tiket kanak2 pulak lebih dari 4 tahun baru kena bayar.jadi selamat la tiket ayra,tinggal tiket ibu dan ayah jer.mula2 melangkah masuk terus kagum rasa sebab sangat cantik dan banyak rama2.rasa macam ada di dunia lain gitew hihi..seronok betul ayra kejar rama2..


ada di sediakan maps di pintu masuk sebab kawasan besar silap haribulan boleh tersesat kt dalam ni.hihi..tapi jangan risau kt dalam tu banyak staff2 pantau.kiranya staff2 tu akan membantu la untuk tunjuk arah dan akan bagi informasi bila ditanya.lagi satu dalam entopia ada fasiliti lengkap mcm surau..baby room..cafe dll.boleh nak duk berejam pun xde masalah.tapi aritu kami kejar nak check in hotel jadi stay dalam sejam cmtu jer.



berani nya ayra pegang rama2..ibu pulak yang takut2.enjoy betul die sampai tak nak balik,mmg sesuai bawak kanak2 seusia ayra ni.boleh explore banyak benda.mmg berbaloi datang sini.lokasi agak jauh dari georgetown siap kene tgok maps.sepanjang jalan ada banyak taman2 dan ada pemandangan pantai.bolehla singgah lepak2 minum air kelapa dulu.hihi






apa2 pun tempat ni mmg wajib datang kalau melawat penang.budak2 enjoy dan orang dewasa pun enjoy.mmg berbaloi sangat dengan tiket.highly recommended!!nanti kite datang lagi ye..

Friday, March 1, 2019

Itineri Hong Kong 6H5N (HARI PERTAMA)

March 01, 2019 0 Comments

Alhamdulillah kami berdua berjaya meneroka ke Hong kong bersama anak baik ibu ayah , Ayra.Syukur sangat rasa macam tak percaya memandangkan trip kali ini merupakan trip pertama kami sekelurga ke luar negara.Sebelum ni cuma ke bandung itu pun tokku dan tokmi ayra turut serta.ssedikit sebanyak meringankan tugas ibu ayah.kali ini mmg kami nekad nak pergi sendiri.kita redah je semua..hihi..boleh dikatakan semua perancangan dari tiket penerbangan, hotel,intineri semua ibu la yang uruskan.ayah cuma setel bab2 transport dan makanan shj.Transport sepanjang kat Hong kong semua ayah yang setel ibu cuma susun intineri shj.orang laki bab2 transport ni mmg lagi peka..btul x?nak naik MTR line mana2 semua di hafalnye..hehe...

Bagi  family kecil macam kami yang tengah berjinak2 bercuti ke luar negara mmg kami sarankan pergi ke Hong Kong dulu sebelum ke negara2 lain sbb kt Hong Kong hotel sangat banyak pilihan dan berhampiran MTR,makanan halal xde masalah,pengangkutan pun ok dan child friendly jugak.tempat menarik pun banyak.boleh katakan perfect la untuk percutian keluarga.apa lagi Jom ajak encik abang sekarang!!hehe...ok untuk kali ni kami akan kongsikan itineri ringkas dulu ye.kemudian baru ke tips dan lain2..

HARI PERTAMA

Flight
untuk flight pilihan pertama haruslah AIR ASIA kan tgok moto la "everyone can fly".masa beli tiket kami sempat grab promo free seat.total semua RM1393.00.setelah dicampur 2 luggage 20kg,meal utk 3 orang,pilihan seat untuk .3 orang.2 way trip pergi dan balik..Rasenya itu price yang terbaik yang kami sempat grab waktu tu.jadi kalau ada yang servey2 dan dapat harga lagi murah maknanya mmg murah sangat dah tu dan silalah beli cepat.hehe..waktu yang kami pilih pukul 8.45am.dari ipoh ibu dan ayra dah naik StarShuttle pukul 11.00pm kalau tak silap. sampai airport dalam 3.45am lebih kurang.ayra tidur je dalam bas.sampai2 airport ayah dah tunggu siap2.sambung lagi tidur dalam stroller.Bercuti kemana-mana mmg stroller tu keperluan utama.jalan2 la kami suami isteri lepak2 kt kawasan airport..walaupun awal pagi tapi suasana tu tetap happening.tak rasa macam awal pagi pun.kami makan2 di mcd dulu isi perut kemudian terus check in..dah setel urusan semua baru lah masuk dan stand by kt gate.8.45 am baru berlepas ke Hong Kong.tidur saja kami tiga beranak dalam flight,tidur..makan..tidur.4 jam flight rasa sekejap sangat je.hehe...

ayra excited naik bus..dah tutup lampu bru tidur nyenyak..hehe

dah sampai airport..bangun.excited lagi sebab buka mata je ayah ada..terus tak nak sambung tidur dah.

suasana awal pagi tp tak macam awal pagi pun..cam siang hari jer..


dalam flight..awal2 sampai tangkap gambar dlu.xsampai 30 minit masing2 tdur kepenantan..

yeay!!dah sampai Hong Kong..!!!!bestnyer..

sampai je kene naik tren untuk ke terminal 1..luggage semua kt situ..

setel amek luggage dan octopus card terus ke bus station utk cari bus A21..kene jalan kaki sikit tp dont worry signboard jelas..senang je cari.

laluan ke station bus...besar giler airport Hong Kong.

dalam bus 2 tingkat..kami amek seat paling depan.beg semua kt bawah..pantau dengan CCTV je dr atas.


sengih2 je ayra..seronok!!

sampai je airport Hong Kong dalam pukul 1 tengahari.mujur kami dah beli meal siap2 kalau tak mau kebulur jugak.first thing selepas amek luggage , kami terus cari Octopus card di kaunter klook terminal 1.senang dan mudah tak perlu dah beratur panjang kat kaunter Hong Kong express.jimat masa kat situ.harga lebih kurang sama dengan kaunter Hong Kong Express.kami mmg simpan Octopus Card sb nk buat cenderahati.kalau ada rezeki datang lagi boleh la guna balik.itu sebenarnya motif utama..hehe.octopus card mmg macam touch n go boleh topup dan guna berulang kali.tak ada tarikh expired.Boleh dikatakan semua pengangkutan guna octopus Card dari bus ke MTR sehinggalah sesetengah taxi.


Hotel
Dah setel ambil redeem Octopus Card terus ke Bus station.plan asal kami nk menginap di Maridor mansion jadi haruslah naik bus A21.sampai ke hentian ke 14 turun dan carilah maridor mansion.nak dijadikan cerita kami jumpa chungkin mansion tapi tak perasan maridor mansion tu kat mana.haaa sudah!!dengan xboleh on maps nyer(waktu ni xbeli lagi sim card).before pergi dan baca review orang..katanya sebelah bangunan chungking mansion je.kenapa tak jumpa ni.hongkong pulak banyak plak tu bangunan tinggi2 dan hampir sama je semua.adrenaline rush sekejap!last2 kami tanya je tourist kt sana dan baru lah jumpa bangunan yang dicari2.kemudian carilah guest house tu.penginap di hong kong perancangan awal 3 hari di 3d inn hotel dan 3 hari di The Bauhinia.sampai sahaja kami di 3d inn guest house datang pulak masalah lain.staff yang jaga kaunter kata nama kami tak ada.padahal 3 hari sebelum dah siap2 mesej die.booking kami kene reject sebab kami book guna direct debit.kalau credit card baru approve.padahal method pembayaran yang kami pilih pay at facility.kiranya kami akan bayar cash on arrival,tak ada kene mengena dengan credit card/direct debit.Disebabkan die dah reject booking kami yang sebelum tu konon2nya die dengan baik hati nak offer bilik lain yang jauh lebih kecil dan lagi mahal.hampir 3x ganda mahal.Ayra waktu tu dah nak ngamuk..dah yak yak.tak selesa dah.campur dengan penat lagi.ibu dan ayah pun waktu tu dah tak cool.mmg cuba je cool down kn diri.waktu tu mmg dalam dua kalau tak checkin nanti agoda akan tolak duit dalam acc sb dah booking kn.kalau accept kn kene tambah 3x ganda pulak.last2 encik suami ajak servey hotel lain dulu.turun lah kami balik dengan luggage besar tu.keluar dari maridor mansion terus kami ke chungking mansion.sebenarnya waktu ni nk cari tandas menapak sampai ke chungking mansion.Alhamdulillah jumpa dengan sorang brother bangla ni offer hotel.rezeki sangat .siap brother tu tolakkn luggage kami.angkat barang kami semua.bilik yang die offer jauh lagi murah dan besar.untuk 3 person.1 katil queen dan 1 single.lega sangat..Barulah boleh berehat dengan tenang.petang tu kami terus ke symphony of light.layan view laut kt hong kong.balik hotel dan tidur terus.

ini hotel yang cari walk in onspot...!!mmg sangat best!bilik agak besar dengan 1 queen n 1 single bed..mmg recommended.hati2 bila book dengan online risau takut jadi cm kami...(baca story kat atas).hampir kene scam di hongkong.







Rumusan hari pertama
8.45- bertolak ke Hong Kong
1.00pm -sampai HKG airport
*ambil luggage
*beli octopus card(ala2 touch n go kalau kt malaysia..utk trnsport semua guna octopus card)
*beli simcard ( elakkn beli di airport..mahal sangat!beli di chungkin mansion je)
*Checkin penginapan untuk letak beg dan rehat2
8.00pm-symphony of light(jalan kaki je dr CM)


nanti sambung hari ke dua...